Wednesday 19 February 2014

Kejauhan..



Untuk melangkah pergi dari seseorang yang dicintai itu sangatlah sukar.Namun terkadang saat kebenaran mulai nyata,saat terasa diriku tak pernah wujud dalam pandangannya... Lemah lelah tak berdaya... Terpaksa aku belajar untuk menjauh,langkah yang cuba aku elakkan... Walaupun aku tak pernah mengenalinya,apatah memiliki hatinya... Tapi dia memiliki segalanya tentangku,hatiku,rinduku,cintaku... Apalah daya... Seorang hamba yang tiada daya upaya... Walaupun aku faham benar siapa yang memegang hatinya,namun ingin sekali aku bersama dengannya...
Wala haulawala quwwata illa billah...
Tuhan mengingatkan aku siapa yang sebenar-benar berkuasa,adakah hamba atau Pencipta yang maha kaya

Tuesday 20 August 2013

Suddenly

Got everything you want but still not enough?
Bersyukurlah,orang yang bersyukur sentiasa merasa cukup dengan apa yang dimiliki

Saturday 10 August 2013

Hati-hati

Apa khabar iman?
Berjalan raya ni hati-hati ye.kalau boleh jangan pandu laju sangat,perlahan sangat pun jangan.Jalanraya bukan tempat berlumba atau tunjuk skill masing-masing.Abang saya baru saja kemalangan 2 hari lepas akibat dari pelumba kereta.nasib baik tak cedera teruk,dengan kakak ipar yang sedang mengandung lagi.Apapun syukur pada Allah diatas perlindungan,walaupun keadaan kereta yang 'total lost' tu.Tapi tidak kata Allah,maka tidaklah.

Tapi andaikata terjadi kemalangan,dan tidak cedera,jangan lupa ambil dahulu barang berharga.Takut dalam sibuk-sibuk orang ramai datang tolong tu,ada yang ambil kesempatan mencuri pula.walaupun tak logik,tapi itulah perangai manusia.Suka ambil kesempatan atas kesusahan orang lain.Moga Allah beri hidayah untuk berubah

Beringat sebelum kena ya

Wednesday 7 August 2013

Syawal tiba

Alhamdulillah
Segala pujian kembali kepada Allah
Inilah hari kemenangan bagi mereka yang berpuasa
Jadi,tak hairanlah jika senyuman sentiasa di bibir
Tak kurang juga perasaan sedih dengan kehilangan Ramadhan kerana tahun depan belum tentu berjumpa lagi.
Apapun,terserahlah pada ketentuan Allah.Jika tiada rezeki untuk akan datang,yang pastinya ramadhan ini kita mendapat kemenangan.
Moga Allah redha dengan puasa yang kita lakukan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Monday 29 July 2013

Oh peringatan tentang Ramadhan

Assalammualaikum ya sahabat

Yeah, as usual. I write to remind myself and perhaps others as well

Dalam 10 malam terakhir Ramadhan ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan.Yup lailatul qadar.Kita dahpun masuk 10 malam terakhir.Siapa yang kesah? takde pun nak bangun tahajjud.

Rasulullah pernah meng aminkan kata-kata Jibril,antara kata-katanya ialah Celakalah orang yang berada pada bulan Ramadhan dalam keadaan berdosa,dan bila Ramadhan berlalu ia masih dalam keadaan berdosa.Kalau Rasulullah sendiri aminkan,memang Allah perkenankanlah..

Dan ada jugak golongan yang hanya 'baik' dalam bulan Ramadhan,tapi bila habis bulan Ramadhan,tak nampak muka dah berjemaah.Sedangkan yang Rasulullah beratkan adalah solat fardhu berjemaah yang 5 waktu sehari tu.Bukan 30 hari je sebulan,seminggu sekali,setahun 2 kali.Solat jumaat dengan Hari raya je?

Lastly,ramai lagi yang bersungguh-sungguh nakkan syurga Allah.Setakat puasa satu bulan penuh,budak kecik pun mampu.Tapi ada jugak budak BESAR yang tak mampu..Mana yang tertinggal tu,gantilah.Suka aku ingatkan

"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadhan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur" Al baqarah-185

kalau nak peringatan yang lagi lengkap baca dari ayat 183-187.Semua tentang puasa.Bukan tak tahu wajib tu apa kan,tapi tak mampu lagi ye tak?...Wallahualam

Allah maha pemurah,mungkin tak payah puasa pun dah boleh masuk syurga...

Thursday 25 July 2013

Hanya Allah

Cuba sedaya upaya untuk tidak berbicara tentang dunia,Azamku adalah setiap perkataan harus disertakan peringatan.Peringatan tentang apa? Tentang kekuasaan Allah,tentang kebenaran Al quran,tentang benarnya hidup selepas mati.Perlaksanaan pembaca? Itu terpulang pada ihsan Allah,Dia jualah yang mengerakkan hati-hati manusia untuk beribadah.Walau ilmu setinggi gunung,tapi riak,belum tentu dapat rasa akan manisnya beribadah,bahkan belum tentu dapat mengangkat takbir sekalipun,kerana daya upaya itu datang dari Allah,"la haulawala quwwata illa billahi 'aliyul 'adzim".

Harus sedar dan faham hakikat hamba kepada Allah,kita hamba yang lemah,yang bodoh yang hina.Siapa yang memberi kekuatan kalau bukan Allah? Siapa yang memberi ilmu kalau bukan Allah? Siapa yang memberi kemuliaan kalau bukan Allah? Dengan makan pasti menjadi kenyangkah atau Allah yang memberi nikmat kekenyangan? Di neraka ada sejenis buah berduri,bila dimakan tidak akan kenyang sedikitpun,di neraka akan dihidangkan air bercampur nanah dan cairan besi yang panas menggelegak,bila diminum tidak akan hilang dahaga sedikitpun,namun penghuni neraka tetap akan meminumnya seperti unta yang kehausan.

Jadi,siapa kita? Hanya mengucap kalimah syahadah? Hanya solat 5 waktu? Hanya puasa di bulan Ramadhan? Hanya membayar zakat? Hanya mengerjakan haji? Atau satupun tiada? Atau tiada salah satunya? Siapa kita? Siapa Allah? Siapa hamba? kerna tanpa Dia,tiada kita.Bahkan 'tiada' pun tiada. Jadi apa yang ada? Laa ilaa ha illAllah,hanya Allah

Tuesday 23 July 2013

Kuliah vs politik

Dengar sahaja ustaz dot dot dot ceramah,terus label bukan-bukan.Dengar sahaja ustaz dot dot dot ceramah terus ambil bulat-bulat.

Siapa golongan ini? Tadi ketika membuat persiapan berniaga,macam biasalah,bukak ceramah yang aku download di youtube pakai tab.Daripada dengar radio huha.fm baik dengar ceramah,paling tidak,itulah usaha aku nak dekatkan pekerja-pekerja ni dengan ilmu agama.Bila lagi diorang nak dengar kan.

Nak jadikan cerita,datangla 2 orang sahabat atas sebab ingin berbincang suatu perkara.Dalam pada berbincang tadi dia pun selit la soalan.
"ni ceramah ustaz apa?"
Aku pun jawab la ustaz kazim elias
"dah agak dah,dengar suara pun kenal"
Sambil kawan sebelah menyambung
"ustaz kazim bodoh kayu"
Gitulah lebih kurang,aku pun tak ingat sangat apa bahasa dia pakai.Dalam hati aku dah faham dah,kenapa mereka label begitu.Tak lain sebab politik la ni.Macam mana orang parti sana tak suka UAI macam tu jugak la yang sini tak suka UKE.

Tapi secara peribadi,walaupun aku sokong parti islam,aku boleh je dengar ceramah UKE ni sama macam ustaz yang lain-lain,ustaz yang dilabel wahabi parti sana tu pun aku dengar.ok je? Selagi ilmunya benar,ambil lah,yang melalut tu anggap je kekurangan dia.Selagi kita berpegang teguh pada Al Quran dan sunnah,nescaya takkan tersesat.Diri sendiri akan menolak bila dengar sesuatu yang tak betul

Dahtu kenapa tak nak dengar? Betul ke ustaz ni banyak salahnya dari yang betul? Diri kita ni banyak sangat yang betul dari yang salah ke? Sekurang-kurangnya mereka berdakwah,berdasarkan Quran dan hadith.Kita yang bodoh kayu ni pulak suruh orang jangan dengar ceramah mereka,jadi siapa yang halang usaha agama sebenarnya? Orang kafir ke atau orang islam sendiri? Kita simpati bila UAI di gam oleh negeri-negeri dan tv.Tapi kita tak simpati dengan UKE yang di boikot oleh majoriti orang parti sini.Dia bukan islam ke?,telanlah walaupun pahit.Kebenaran itu tak selalunya indah,kalau terasa dengan apa yang ustaz tu cakap,maknanya???

Fikir-fikirkan,selagi nasihat itu benar,ambillah walaupun keluar dari mulut seorang tukang sapu sampah sekalipun.Hina di mata manusia belum tentu lagi hina di sisi Allah. Walau sepatah pun perkataan yang keluar dari mulut kita,tapi Allah suka akan perkataan itu,beruntunglah...
Wallahualam